PKPDB Di Sabah Mungkin Diperluas Ke Daerah Lain

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) yang dilaksanakan di 4 daerah di Sabah berkemungkinan akan diperluaskan ke daerah lain bergantung kepada perkembangan semasa.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penilaian risiko nilai RT atau R naught (Ro) bawah 1.6 ketika ini masih boleh dikawal dan kementerian kini menumpukan usaha mengawal penularan di 4 daerah, Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu, yang mencatatkan peningkatan ketara beberapa hari ini.

“Kemungkinan kita akan perluas ke daerah lain, kita tengok dalam 1 atau 2 hari lagi perkembangan di 4 daerah itu.

“Ketika ini, kita tumpu sepenuhnya kepada kawasan kampung yang berisiko tinggi contohnya Kampung Sri Tanjong di Tawau, selain mengetatkan kawalan sempadan,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 yang berakhir Sabtu lalu, Hisham berkata, pihaknya akan mengeluarkan laporan lengkap berhubung pematuhan SOP ketika hari pengundian dalam tempoh 2 minggu lagi.

“Kita tengok hasil laporan nanti, mungkin kita boleh tambah baik SOP atau sebagainya.” – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *