Covid-19: 4 Zon Merah Di Sabah

PETALING JAYA: Lima kawasan kembali kepada zon merah susulan peningkatan jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 4 daripadanya di Sabah dan 1 di Kedah.

“Walaupun kebanyakan kawasan di negara kini sudah bertukar menjadi zon hijau, namun KKM ingin mengingatkan kes Covid-19 masih berada dalam komuniti kita. Pembahagian warna zon hijau, kuning, dan merah adalah berdasarkan bilangan kes setempat dalam masa 14 hari ke belakang.

“Sehingga 24 September, terdapat 5 kawasan di Malaysia yang sudah bertukar menjadi zon merah. Terdapat 4 zon merah di Sabah dan 1 di Kedah,” katanya.

Empat kawasan di Sabah ialah, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna, manakala di Kedah membabitkan kawasan Kota Setar.

“KKM ingin menasihatkan, individu bergejala yang baru mengunjungi atau datang dari zon merah wajib melakukan ujian saringan Covid-19 di fasiliti kesihatan berhampiran.

“Individu tidak bergejala yang baru mengunjungi atau datang dari zon merah juga amat digalakkan untuk melakukan ujian saringan dan kuarantin kendiri bagi melindungi ahli keluarga, rakan serta masyarakat sekitarnya,” katanya.

Sabah terus mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 dengan 63 jangkitan dilaporkan daripada 71 kes baharu hari ini.

Ia meletakkan negeri itu paling banyak merekodkan kes aktif dengan 8 kluster.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *