Sandra Dianne Meninggal Dunia

Entri dimuat naik portal Astro Gempak di IG mengumumkan pemergian Sandra, awal pagi tadi. Foto IG Astro Gempak

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sandra Dianne yang tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.

Pemergian Sandra, 26, yang juga salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020, dimaklumkan penyanyi berasal dari Singapura, Sufie Rashid melalui entri di Instagram, kira-kira jam 1.20 pagi.

Selepas hampir seminggu tidak sedarkan diri, Sandra meninggal dunia di unit rawatan rapi, Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. Foto NSTP

“Assalamualaikum semua, minta sedekahkan al-Fatihah untuk Sandra yang telah meninggalkan kita.

“Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. You’re a good friend with a beautiful heart (anda sahabat yang baik dan berhati mulia).

Sufie berkongsi berita sedih pemergian sahabatnya, Sandra di Instagram. Foto IG Sufie Rashid
Sufie berkongsi berita sedih pemergian sahabatnya, Sandra di Instagram. Foto IG Sufie Rashid

“Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana… Innalillahiwainnailaihirojiun.”

Sabtu lalu, Allahyarham Sandra yang popular dengan lagu Hey! Kau terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

5352