
Pelakon veteran, Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari Isnin dalam keadaan tidur.
Perkara itu disahkan oleh anaknya, Afiqah, yang memaklumkan Allahyarham ayahnya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.
Betul, ayah saya telah meninggal dunia pada 12.30 tengah hari tadi dalam tidur. Pagi tadi dia bangun untuk solat Subuh, kemudian tidur semula. Apabila mak cuba mengejutkannya tengah hari, dia sudah tidak sedarkan diri.
Menurut Afiqah, Allahyarham sebelum ini mempunyai masalah jantung.
Jenazah Allahyarham difahamkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar.
Terdahulu, Afiqah turut memaklumkan berita pemergian arwah menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah