Musa Aman Ke Sungai Manila, Bayangan Berpindah Kerusi?

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman, membayangkan beliau “akan kembali” ke Sungai Manila di Libaran, menimbulkan tanda tanya apakah tokoh Umno negeri itu akan berpindah kerusi.

“Saya akan kembali ke Sungai Manila,” tulis penyandang DUN Sungai Sibuga itu di Facebook.

Tangkap layar Facebook Musa Aman yang menulis beliau akan kembali ke Sungai Manila.

Sungai Manila merupakan salah satu daripada 13 kerusi baru yang bakal dipertandingkan pada pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Ia terletak bawah Parlimen Libaran, yang dimenangi Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2018, dengan majoriti 678 undi menewaskan calon Warisan dan Parti Harapan Rakyat Sabah.

DUN Sungai Sibuga, bawah Parlimen sama, dipertahankan Musa Aman dengan majoriti selesa 2,184 menewaskan calon Warisan dan Parti Kebangsaan Sabah.

Warisan pula merangkul DUN Gum-Gum dengan majoriti kecil 598 undi, menewaskan calon BN, Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Parti Harapan Rakyat Sabah, dan Parti Kebangsaan Sabah.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2508