Timbalan Presiden STAR Keluar Parti, Dijangka Sertai WARISAN

Timbalan presiden STAR, Kong Fui Seng dijangka menyertai Warisan Khamis ini. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Timbalan presiden STAR, Kong Fui Seng, dikatakan keluar parti berkenaan untuk menyertai Warisan.

Sumber dalan parti itu berkata, belum dipastikan sama ada Kong telah menghantar surat rasmi berhubung tindakannya itu, namun kemasukannya ke dalam Warisan dijangka diumumkan Rabu ini.

“Ya memang benar (Kong keluar daripada STAR), dan saya juga difahamkan satu majlis kemasukannya ke dalam Warisan akan diadakan di kediamannya, di Keningau pada 9 Sept ini.

“Kami menghormati keputusan Kong untuk meninggalkan STAR dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya,” katanya yang enggan dikenali ketika dihubungi.

Kong yang juga ahli perniagaan sebelum ini pernah bertanding dalam 2 pilihan raya umum (PRU), iaitu pada 2013 dan 2018, atas tiket STAR.

Bagaimanapun beliau tewas dalam 2 pilihan raya itu, iaitu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap pada 2013 dan di DUN Liawan pada PRU lalu. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3195