PRN Sabah: WARISAN Tampil Ramai Calon Muda

Shafie

KOTA MARUDU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menjangkakan calon baharu dalam kalangan orang muda lebih ramai bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) ini.

Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun jumlah sebenar belum dapat dinyatakan sekarang, namun lebih 50 peratus calon yang bertanding adalah orang muda.

“Pilihan raya umum (PRU) yang lepas, kira-kira 50 peratus semuanya calon kita adalah orang muda.

“Sekarang ini ditambah lagi dengan calon baharu, justeru jumlah orang muda yang bertanding akan lebih ramai,” katanya kepada media selepas majlis Penyerahan Geran Tanah Daerah Kota Marudu dan Penyerahan Bantuan Pertanian di sini. Terdahulu, beliau turut merasmikan majlis Pecah Tanah Kompleks Sukan Kota Marudu.

Dalam pada itu Shafie berkata, jumlah calon orang muda dan lama perlu diadunkan sebaiknya dalam menghadapi PRN kali ini.

Menurutnya, jika ada calon orang muda, sudah semestinya calon dalam kalangan orang lama sepertinya juga perlu ada.

Shafie sebelum ini mengumumkan senarai calon WARISAN  yang akan bertanding dalam PRN akan datang diumumkan pada 10 September ini.

Bagaimanapun jelasnya, pengumuman berkenaan tidak melibatkan calon rakan kerjasama WARISAN seperti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Keadlilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan Parti Amanah Negara (AMANAH).- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *