WARISAN Terima Hampir 1,000 Ahli Baharu Di Tawau & Kalabakan

KALABAKAN: Prestasi baik Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam memberi khidmat kepada masyarakat menyaksikan hampir 1,000 individu menyertai parti berkenaan di sekitar Tawau dan Kalabakan, dalam dua majlis berasingan, dekat sini, semalam.

Terdahulu, seramai 225 penduduk Kampung Murut, Kalabakan menyerahkan borang keahlian parti kepada Ketua Bahagian Kalabakan Warisan Sarifuddin Hatta di Rumah Rehat Felda, semalam.

Turut hadir dalam majlis berkenaan Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman.

Menurut Ma’mun, kemasukan bekas ahli Barisan Nasional itu disebabkan mereka yakin dengan kepimpinan Warisan dalam membela nasib rakyat.

“Hampir setiap yang kami janjikan dalam Pilihan Raya Umum lalu, berjaya direalisasikan terutamanya membabitkan pemilikan tanah adat.

“Justeru, saya percaya, kemasukan mereka ke Warisan adalah kerana mahu melihat lebih banyak pembelaan terhadap rakyat pada masa akan datang,” katanya.

Tambahnya, ia satu perkembangan positif yang mana keyakinan orang ramai terhadap Warisan terus utuh walaupun berdepan serangan dari parti lawan setiap hari.

Sementara itu, dalam majlis berasingan  lebih 700 ahli dari parti lawan di sekitar daerah Tawau menyerahkan borang keahlian Warisan kepada Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong dalam Majlis Bersama Pemimpin Anak Negeri Daerah Tawau Dan Kalabakan, di sini, semalam.

Berikutan penyerahan borang tersebut membabitkan lima cawangan, secara tidak langsung memberi gambaran jelas mereka tidak lagi mahukan kepimpinan lama.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *