(VIDEO) Kanak-Kanak Terbelit Tali Layang-Layang Gergasi, Terangkat Ke Udara

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Taiwan, dilaporkan selamat selepas dirinya terbelit tali layang-layang dan terangkat beberapa meter ke udara. – Foto Facebook/viasblog.tw

TAIPEI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Taiwan, dilaporkan selamat selepas dirinya terbelit tali layang-layang sehingga terangkat beberapa meter ke udara.

Channel News Asia (CNA) melaporkan kanak-kanak yang tidak dikenali identitinya itu mengambil bahagian dalam festival layang-layang di bandar tepi laut, Nanliao, semalam, sebelum terperangkap pada layang-layang gergasi berwarna oren.

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan kanak-kanak terbabit berpusing beberapa kali di udara sambil disaksikan kumpulan orang dewasa yang berkerumun, selama kira-kira setengah minit sebelum ‘mendarat’ semula ke tanah dengan tangan terentang.

Laporan berita menyatakan bahawa kanak-kanak itu ketakutan, namun tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal dalam insiden berkenaan.

Pihak berkuasa di Hsinchu menghentikan festival layang-layang itu selepas kejadian terbabit. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *