Asteroid Berkelajuan 8.16km/s Akan Melintasi Bumi Pada Selasa ini

Asteroid ES4 dengan diameter di antara 22 dan 49 meter akan berada hampir dengan Bumi pada Selasa ini. -Gambar hiasan

MOSCOW: Sebuah asteroid dengan diameter di antara 22 dan 49 meter akan berada hampir dengan Bumi pada Selasa ini.

Menurut tweet oleh Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), asteroid yang dinamakan sebagai ES4 itu akan melintasi Bumi pada ketinggian 72,420 kilometer, bersamaan dengan luas 792,000 padang bola sepak.

Bagaimanapun NASA mengesahkan asteroid itu tidak memberi sebarang ancaman kepada Bumi.

NASA menganggarkan asteroid itu akan bergerak dengan kelajuan 8.16 kilometer sesaat.

Asteroid ES4 itu, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan asteroid berhampiran Bumi atau dikenali sebagai Apollo, telah dikenal pasti pada musim panas 2011. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

917