Muhyiddin Terima 5,500 Borang Keahlian BERSATU Zon 5

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima 5,500 borang keahlian menyertai BERSATU. BERNAMA

SANDAKAN, 30 Ogos: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menerima permohonan 5,500 ahli baharu bagi Bersatu Zon 5 di sini meliputi Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Libaran dan Batu Sapi.

Borang keahlian itu diserahkan oleh wakil mereka, Penaung Persatuan Usahawan Sandakan Datuk Mohd Afendi Hamdan kepada Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Sabah Hotel di sini. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima 5,500 borang keahlian menyertai BERSATU. BERNAMA

Penyerahan borang keahlian itu disaksikan oleh Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Bernama difahamkan daripada jumlah itu, sebanyak 1,500 merupakan permohonan dari Sandakan dan selebihnya dari Beluran, Kinabatangan, Libaran dan Batu Sapi.

Muhyiddin tiba di Sabah semalam bagi lawatan rasmi dua hari ke negeri itu.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1197