Sabah Memilih: Musa Aman ‘Turun’ Padang Jumpa Muhyiddin

Musa Aman (dua, kiri) bersama Bung Moktar (tiga, kiri) dan rakan-rakan lain. – Foto Astro AWANI

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hadir dalam majlis Perjumpaan Pimpinan Masyarakat Negeri Sabah bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini malam ini.

Beliau tiba di perkarangan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) sebelum menyertai wakil rakyat lain yang turut hadir ke majlis berkenaan.

Selain itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut berkesempatan bergambar bersama Musa dan Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan majlis itu bersempena lawatan kerjanya di Sabah bermula pagi tadi.- AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost


1614