WARISAN Rayu Pengundi Luar Balik Sabah

KOTA KINABALU: Hanya kira-kira 3,000 pengundi baru mendaftar di negeri ini, menurut maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi kekal Parti Warisan Sabah, Datuk Liew Vui Keong memperolehi maklumat itu daripada SPR dan berkata, amat mustahak bagi pengundi dari luar kawasan untuk balik ke negeri ini untuk membuang undi dalam pilihan raya negeri pada 26 September, depan.

“Saya terkejut selepas menerima maklumat itu. Walaupun, kita sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya, kita masih mahu penduduk Sabah yang tinggal di Semenanjung Malaysia dan Sarawak untuk kembali dan menjalankan hak untuk mengundi,” katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur pada hari ini.

Katanya, ada kira-kira 300,000 orang Sabah di semenanjung, di mana separuh daripadanya adalah pengundi berdaftar.

Berdasarkan kepada daftar pemilih, kata Liew ada kira-kira 1.11 juta pengundi berdaftar di Sabah.

Katanya, gabungan Warisan Plus yang terdiri daripada DAP, PKR dan Upko masih menunggu garis panduan SPR bagi pengundi memandangkan mereka perlu mematuhi SOP pandemik Covid-19.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3295