33 Ditahan Dalam Operasi Sarang Khas Di Papar

Antara individu yang diperiksa dalam Operasi tersebut.

PAPAR: Seramai 33 individu berjaya ditahan dalam operasi Op Sarang Khas yang dijalankan disekitar daerah ini, semalam.

Operasi membabitkan seramai 60 anggota dan pegawai itu, dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, IPD Beaufort dan IPD Keningau serta IPD Tuaran.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, operasi dijalankan dengan menumpukan kawasan ‘hotspots’ aktiviti dadah yang dikenalpasti di daerah Papar.

Katanya, sepanjang operasi berkenaan, seramai 70 individu diperiksa dan membawa kepada penahanan 33 individu membabitkan kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952

“33 orang ditahan selepas didapati positif dadah dan disiasat Seksyen 15(1) ADB 1952, manakala tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952.

“Dalam pada itu, polis turut berjaya merampas kira-kira 22.10 gram dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Batholomeow, hasil saringan awal ke atas kesemua suspek didapati positif dadah jenis Meth dan AMP.

Katanya, semua suspek yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dan mereka direman di IPD Papar untuk tindakan selanjutnya.

“Kejayaan operasi ini adalah salah satu usaha PDRM dalam menangani gejala penyalahgunaan dadah terutama di kawasan daerah Papar.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah didaerah ini disarankan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak PDRM, IPD Papar khususnya untuk tindakan segera,”’katanya.- AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

928