PRN Sabah : “Insya-Allah 40 Peratus Calon Muda” – Shafie Apdal

KINABATANGAN: Parti Warisan Sabah (Warisan) akan mempertimbangkan cadangan 40 peratus calon muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan meneliti cadangan menampilkan calon yang terdiri daripada kalangan belia. 

“Insya-Allah kita akan lihat. Memang ada potensi (belia-belia). Sebenarnya parti Warisan pun sebahagian besar orang-orang muda (seperti) Ginger Phoong Jin Zhe baru 30-an, Junz Wong baru 30-an , Datuk Peter baru 40-an… Datuk Darrel baru 42.

“Kita dalam Warisan ini sudah lama di antara parti dalam Malaysia yang mempunyai penyertaan orang-orang muda,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.

Menurut Shafie, selain kriteria usia yang muda, calon-calon PRN kelak juga haruslah berkebolehan termasuk faktor utama lain iaitu mampu meraih kemenangan serta tidak melompat parti.

“(Faktor) satu mesti menang, yang keduanya jangan melompat (parti)… tidak ada ertinya kita menang lepas itu melompat,” tegas beliau lagi.- AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1490