Yong Dakwa Ada Kesilapan Dalam Surat Shafie Mohon Bubar DUN

Presiden SAPP, Yong Teck Lee mendakwa berlaku kesilapan dalam surat Ketua Menteri Shafie Apdal memohon pembubaran DUN.

KOTA KINABALU: Presiden SAPP, Yong Teck Lee mendakwa Ketua Menteri, Mohd Shafie Apdal melakukan kesilapan dalam surat memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Katanya, surat yang dikongsi seorang timbalan ketua menteri di media sosial menunjukkan surat itu menasihatbYang Dipertua Negeri, Juhar Mahiruddin supaya mempersetujui pembubaran DUN seperti yang terkandung dalam Fasal 10(1)(2)(b) perlembagaan Sabah.

Bagaimanapun, jelas beliau, tiada artikel 10 (1)(2)(b) dalam perlembagaan Sabah.

“Adapun Pasal 10 (2) (b), undang-undang ini memberikan kebijaksanaan kepada Tuan Yang Terutama untuk tidak membubarkan Dewan.

“Ini bermaksud surat ketua menteri adalah ‘Pai Ulung’. Surat itu disampaikan kepada TYT untuk membubarkan dewan tetapi undang-undang yang dinyatakan dalam surat itu adalah untuk tidak membubarkan dewan.

”Adakah surat berkenaan dibuat oleh bekas menteri undang-undang Liew Vui Keong? Pertanyaan ini timbul kerana beliau adalah peguam Warisan yang terus mempertahankan tindakan pembubaran Dewan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafie pada 30 Julai lalu mengumumkan pembubaran DUN selepas mendapat persetujuan Juhar.

Pembubaran itu juga bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri akan datang.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *