COVID-19: 13 Kes Baharu, 1 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 13 kes baharu membabitkan 10 kes penularan dalam negara dan tiga kes import, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 8,897 kes.

“Sehingga kini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 173 kes. Masih ada dua individu yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di sini,hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham, berkata sehingga jam 12 tengah hari ini hanya enam kes pulih dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,600 kes atau 96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Turut dimaklumkan ialah pertambahan satu kes kematian disebabkan COVID-19 menjadikan jumlah terkini ialah 124 kes bersamaan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1547