Kadar Jangkitan COVID-19 Indonesia Atasi China

Orang ramai sabar menunggu untuk ujian COVID-19 percuma di Surabaya, Indonesia. – Foto AFP

JAKARTA: Angka korban COVID-19 Indonesia kini melebihi China, selepas negara Asia Tenggara itu melaporkan 1,752 kes jangkitan semalam.

Jangkitan di Indonesia yang disahkan Kementerian Kesihatannya kini berjumlah 84,882 kes, melebihi jumlah rasmi jangkitan di China sebanyak 83,644 kes.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto, berkata angka kematian akibat COVID-19 pula meningkat kepada 4,016 orang selepas 59 kematian dilaporkan semalam.

Indonesia secara konsisten merekodkan lebih 1,200 kes harian sejak awal Julai lalu.

Negara dengan kepadatan penduduk keempat tertinggi dunia itu secara berperingkat membuka semula ekonominya bermula Jun lalu.

Pihak berkuasa Jakarta sudah pun membatalkan rancangan untuk membuka kembali pawagam bulan ini selepas lonjakan kes jangkitan harian.

Beberapa larangan sosial dan sekatan perjalanan di bandar raya yang mempunyai kira-kira 10 juta penduduk akan dikekalkan bagi tempoh dua minggu lagi. – AFP

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *