Maximus Ongkili Semakin Sihat

Maximus bersama anak sulungnya, Rachel yang melawat beliau di hospital berkenaan

KOTA KINABALU: Keadaan kesihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili kini semakin baik sejak dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur 10 Julai lalu.

Melalui laman Facebook, Maximus berkongsi sekeping gambar bersama anak sulungnya, Rachel yang melawat beliau di hospital berkenaan.

“Syukur, puji Tuhan, berkat rehat yang cukup, kesihatan saya beransur pulih. Hari ini, saya belanja wefie dulu bersama anak sulung saya, Rachel.

“Anak-anak saya berkeras untuk saya diwadkan dihospital kerana mereka mahukan saya mendapat rawatan terbaik, kerana bapa mereka hanya satu.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak hospital, terutama sekali para doktor dan jururawat yang memberikan layanan terbaik.

“Bila buka FB, saya terharu membaca ucapan dan doa yang mencurah-curah dari anda semua. Semoga Tuhan sentiasa memberkati kita semua. Amen,” katanya.

Keadaan kesihatan Maximus menimbulkan persoalan apabila beliau tidak hadir ke sidang Dewan Rakyat terutama ketika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerlukan undinya untuk menyingkarian bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beberapa media melaporkan Ahli Parlimen Kota Marudu itu diserang strok.

Ketiadaan beliau bagaimanapun tidak menghalang PN untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof dengan Datuk Azhar Azizan Harun.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3298