DAP Sarawak Sokong Shafie Sebagai PM

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, Shafie Apdal mampu memajukan budaya inklusif dalam politik negara dan menjamin hubungan persekutuan-negeri yang lebih baik.

PETALING JAYA: DAP Sarawak menyokong penamaan presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) berlawanan dengan pendirian kepimpinan parti itu yang menyokong Anwar Ibrahim.

Pengerusi DAP negeri itu Chong Chieng Jen berkata, walaupun DAP Sarawak menghormati keputusan Majlis Presiden PH yang menamakan presiden PKR itu sebagai perdana menteri ke-9, namun ia menyokong pencalonan Shafie kerana beliau boleh memainkan peranan penting di peringkat persekutuan bagi mengubah politik berasaskan agama dan kaum.

Beliau berkata, sebagai perdana menteri Shafie boleh membawa budaya inklusif kepada rakyat Sarawak, terutamanya dari sudut hubungan persekutuan-negeri.

“Sebagai rakyat Malaysia Timur, tidak ada sebab kami tidak menyokong pemimpin dari sini, iaitu Shafie Apdal sebagai perdana menteri akan datang.

Chong berkata, Shafie konsisten dalam perjuangan menentang kleptokrasi dan rasuah seperti terbukti dalam sikapnya untuk terus bersama-sama PH walaupun ditawarkan tempat dalam kerajaan Perikatan nasional (PN) hari ini dan Barisan Nasional (BN) sebelum itu.

Beliau berkata, Anwar hendaklah diberikan tarikh akhir bagi mendapatkan sokongan 112 ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai perdana menteri.

“Setelah tarikh akhir itu berakhir, Shafie harus diberikan peluang untuk membuktikan dirinya.”

Anwar kini mendapat sokongan 91 daripada 109 ahli Parlimen.

Chong berkata, Malaysia tidak bersedia menerima pentadbiran PN yang dikuasai oleh Umno dan PAS “terus mentadbir dan memporak-perandakan negara”.

“Pedana menteri dari Malaysia Timur akan membantu kita bergerak melampaui politik lama yang memerangkap semua pihak sejak sekian lama, sekali gus membantu membentuk sebuah negara baru yang harmoni dari segi hubungan kaum dan iklusif dari sudut pembangunan wilayah.”- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

666