Tiang Elektrik Tumbang Dirempuh Pacuan Empat Roda

Tiang elektrik tumbang dilanggar pacuan empat roda di Jalan Lok Kawi.

KOTA KINABALU: Sebuah tiang elektrik voltan tinggi milik Sabah Electiricty Sdn Bhd (SESB) tumbang apabila dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda di Jalan Lok Kawi, pagi semalam.

Kerja-kerja membaik pulih kerosakan dan menegakkan semula tiang yang tumbang dijalankan dengan serta merta oleh pasukan teknikal SESB.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat Hajah Chendramata Hj Sinteh berkata, bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan gangguan bekalan di kawasan berdekatan.

Beliau berkata, tindakan pantas orang awam untuk melaporkan kejadian seumpama itu amat dihargai untuk tindakan selanjutnya oleh pihak SESB.

“Sikap seumpama ini bukan saja dapat membantu SESB untuk memantau gangguan bekalan tetapi juga memastikan bahawa keselamatan awam dapat ditangani dengan melakukan kerja membaikpulih dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan dengan itu, pengguna adalah dinasihatkan untuk terus melaporkan segera aduan kecemasan seperti wayar putus, tiang tumbang dan pokok tumbang di talian SESB Care Line SESB 15454 atau 088-515000 atau WhatsApp 019- 852 5427.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *