Keputusan Keluar UMNO Pada 2018 Satu Kesilapan – Salleh Keruak

Salleh Said Keruak membuat permohonan menyertai Umno semula pada 26 Mei lalu. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Bekas bendahari Umno, Salleh Said Keruak mengesahkan beliau memohon untuk menyertai parti itu semula.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat pada 26 Mei lalu melalui Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin.

Salleh yang juga bekas ketua menteri Sabah berkata, beliau membuat keputusan itu selepas merenung kembali tindakannya sebelum ini, termasuk meninggalkan Umno secara “en-bloc” pada 12 Dis 2018 yang kini dianggapnya satu kekhilafan.

“Kini saya menyerahkan kepada Umno, khususnya Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), Majlis Tertinggi dan Umno Sabah yang diketuai Bung Moktar untuk menimbang permohonan tersebut.ADVERTISING

“Saya berhasrat menyumbang sepenuh usaha dan tenaga saya bersama Umno dalam meneruskan agenda perjuangan membina negara tercinta,” katanya dalam catatan terbaru blognya hari ini.

Semalam, Bung Moktar memaklumkan pihaknya sudah menerima permohonan Salleh menyertai semula Umno dan ia sedang dipertimbang serta diperhalusi untuk kelulusan.

Sebelum itu, Salleh memaklumkan beliau membatalkan permohonannya menyertai PKR April lalu selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini, termasuk pergolakan dalaman parti itu.

Salleh yang juga bekas menteri komunikasi dan multimedia memohon menyertai PKR pada Oktober 2019 selepas beliau bersama sebilangan besar pemimpin Umno Sabah keluar parti pada Disember 2018.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *