Lelaki Miliki Dan Positif Syabu Ditahan Di Kinarut

Foto IPD Papar

PAPAR: Seorang lelaki ditahan selepas didapati positif dadah dan memiliki syabu di Kinarut, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, lelaki warga tempatan berusia 30-an itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintenden Batholomew Ak Umpit berkata, tangkapan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

“Suspek berusia 30-an ditahan dan direman di IPD Papar. Hasil saringan awal suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphethamine.

“Suspek turut disiasat kerana memiliki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.02 gram,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Batholomew berkata, kejayaan tangkapan itu adalah usaha IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di samping memastikan peraturan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dipatuhi penduduk setempat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini diminta memaklumkan kepada pihak polis,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *