TERKINI: Dua ADUN UPKO Keluar Parti Jadi Wakil Bebas

James Ratib dan Limus Jury mengumumkan mereka bukan adun UPKO lagi.

KOTA KINABALU: Pengumuman dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UPKO keluar dari parti itu hari ini seakan-akan mengiyakan desas-desus wujudnya pembelian ADUN oleh Perikatan Nasional (PN) ternyata benar.

Seramai dua ADUN Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) keluar dari parti itu adalah ADUN Sugut Datuk James Ratib dan ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury.

Kedua-dua mereka mengumumkan keluar parti dan meletak semua jawatan dalam UPKO untuk menjadi ADUN Bebas.

James Ratib, Kiri, bersama Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam negeri, baru baru ini.

Dengan itu, UPKO kini mempunyai tiga ADUN dalam kerajaan Sabah termasuk Presiden UPKO yang merupakan ADUN dilantik.

Pengumuman dua ADUN itu keluar parti, menyebabkan kerusi milik kerajaan Sabah kini adalah 45 kerusi termasuk ADUN dilantik.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

8036