Kes Tanah RISDA: Peguam Hadir Mahkamah Bagi Pendakwaan

Peguam (dua dari kanan) dibawa oleh pegawai SPRM di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pagi tadi pagi tujuan pendakwaan kes berkaitan urusan tanah RISDA. – Foto Yun Mikail

KOTA KINABALU: Peguam dipercayai terbabit kes berkaitan urusan tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hadir ke Mahkamah Sesyen, pagi ini bagi tujuan pendakwaan.

Mengenakan kemeja T berwarna hitam, peguam berkenaan tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, jam 8.58 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

Hanya tiga wakil media, termasuk Bernama dibenarkan masuk ke bilik bicara bagi mengikuti prosiding terbabit manakala pengamal media lain menunggu di luar mahkamah.

Ia bertujuan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan normal baharu menerusi amalan penjarakan sosial bagi mengekang penularan COVID-19.

Sabtu lalu, Mahkamah Majistret Kota Kinabalu menetapkan reman tujuh hari kepada peguam berkenaan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Peguan terbabit adalah salah seorang daripada 21 peguam dikehendaki di negara ini hadir ke Pejabat SPRM Kota Kinabalu, pada Jumaat lalu, sebelum ditahan.

Beliau sebelum ini diburu pihak SPRM sejak tahun 2017 berhubung siasatan kes berkaitan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Sabah.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1067