Pengantin Lelaki Rupanya Wanita

Penduduk berang selepas menghadiri majlis perkahwinan pasangan sejenis di Sulawesi Selatan. Foto Agensi

Sulawesi: Penduduk Soppeng, Sulawesi Selatan gempar dan berang selepas mengetahui majlis perkahwinan dihadiri mereka rupanya membabitkan pasangan sejenis dengan seorang daripada pengantin menyamar sebagai lelaki.

Tribun News melaporkan rahsia pasangan itu terbongkar selepas penduduk memeriksa latar belakang ‘pengantin lelaki’ kerana curiga dengan perwatakannya yang persis wanita.

Malah, ketua kampung itu turut mengesahkan jantina mereka berdua yang sebenarnya adalah wanita.

“Ramai penduduk yang membuat aduan berhubung perkara itu selepas curiga dengan identiti sebenarnya.

“Hasil maklumat diterima daripada ketua kampung, ‘pengantin lelaki’ itu sebenarnya adalah wanita,” kata Ketua Kampung Baringeng, Andi Aris.

Sementara itu, Ketua Kampung Pising, Sitti Salmiah ketika dihubungi mengesahkan ‘pengantin lelaki’ itu adalah penduduknya dan adalah seorang wanita.

Difahamkan, pernikahan pasangan berkenaan tidak mendapat kelulusan daripada pemimpin setempat atau pejabat agama.

Dalam pada itu, Pegawai Polis Soppeng Puji Saputro Bowo Leksono memaklumkan hasil siasatan dijalankan mendapati pasangan berkenaan mula menjalin hubungan sejak lima bulan lalu.

Katanya, pengantin wanita sudah mengetahui jantina pasangannya sejak dua bulan lalu namun meneruskan hubungan kerana rasa cinta malah tidak keberatan untuk dilamar.

“Pernikahan itu diteruskan selepas ‘pengantin lelaki’ menyembunyikan identitinya daripada pengetahuan ibu bapa pengantin wanita,” katanya.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *