‘Mayat Hidup’ Jual Pakaian Orang Mati

Kanittha memakai cosplay dan mekap seperti mayat hidup sebelum menjual pakaian orang mati dalam talian.

BANGKOK: Seorang wanita Thailand berusia 40 tahun mendapat perhatian di media sosial kerana strategi bijak menjual pakaian terpakai dalam talian.

Bagaimanapun, pakaian terpakai dijual itu bukan milik orang biasa, tetapi milik orang sudah meninggal dunia.

Dia sanggup memakai cosplay dan mekap seperti mayat hidup kerana sebahagian besar pakaiannya berasal daripada orang mati yang sesuai dijadikan modal tarikan penstriman langsung itu.

Portal Oddity Central melaporkan Kanittha Thongnak menjual pakaian terpakai di Chon Daen, utara Thailand, selama tiga tahun sebelum pandemik Covid-19.

Ketika perniagaan secara jalanan ditutup, dia mendapat idea menjual secara penstriman langsung.

Menjual pakaian terpakai yang kebanyakannya ditinggalkan si mati selalu menjadi pantang larang.

Pada mulanya, Kanittha tidak mendapat perhatian dan tiada bajunya terjual melalui penstriman langsung sebelum dia mendapat idea menjadi ‘mayat hidup.’

Idea mengubah dirinya menjadi mayat hidup muncul apabila rumahnya tiada air untuk menyegarkan muka.

Ketika itu, dia memakai bedak putih yang membuatnya kelihatan seperti hantu.

Dia meneruskan penstriman langsung dalam keadaan penampilan menakutkan dan terkejut memperoleh ramai tontonan.

Hanya dalam lima hari, siaran langsung Kanittha setiap malam berubah hingga ditonton lebih 4,000 orang.

Jualannya juga mendapat sambutan hangat apabila bersiaran antara 10 malam hingga 3 pagi. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik ūüĎȬ†https://t.me/sabahpost

747