Kenderaan Berdaftar Labuan Yang Masih Berada Di Luar Diminta Balik Segera

LABUAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia meminta semua pemilik kenderaan berdaftar Labuan yang masih berada di luar agar membawa balik kenderaan mereka kerana tempoh pengecualian berada di luar pulau sudah berakhir.

Pengarah Kastam WP Labuan Saman Musli berkata bermula 10 Jun penolakan baki kelayakan kenderaan berada di luar pulau mula dikuatkuasakan dan kenderaan yang melanggar syarat akan diambil tindakan.

“Pengecualian kenderaan berada di luar Labuan diambil selaras dengan keputusan kerajaan membuka sepenuhnya pergerakan rentas sempadan negeri,”katanya.

Saman menjelaskan pemilik yang ingkar membawa balik kenderaan mereka ke Labuan boleh diambil tindakan mengikut Butiran 14 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.

Saman menambah tindakan juga boleh diambil mengikut Butiran 31 Perintah Duti Eksais (Pengecualian 2017) dan Butiran 20 Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018.

Menurut Saman penamatan pengecualian berada di luar Pulau Labuan adalah selaras dengan keputusan kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) yang digantikan dengan PKP Pemulihan (PKPP).- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *