Anak Warisi Rambut Afro Bapa

Benny dan Jaxyn memiliki gaya rambut Afro yang mengagumkan. – Gambar IG bennyharlem

WASHINGTON: Benny Harlem bukan saja pendandan rambut paling berjaya yang terkenal di Instagram, tetapi dia juga pemegang World Guinness Records sebagai individu memiliki gaya rambut tertinggi di dunia dengan ketinggian 20.5 inci..

Model lelaki berpangkalan di California itu menjadi terkenal pada 2016 ketika gambar gaya rambut Afro yang mengagumkan menjadi tular di media sosial.

Anak perempuannya, Jaxyn jelas mewarisi genetik rambutnya dengan beberapa gambar gaya rambut menarik menjadikan gadis itu turut popular di media sosial.

Portal Oddity Central melaporkan Harlem menjadi penyokong gaya rambut semula jadi dan menanamkan rasa cinta sama pada anak perempuannya sejak kecil.

Untuk memastikan rambut mereka sentiasa nampak segar, Harlem mendedahkan dua beranak itu menggunakan syampu yang dibuat sendiri menggunakan bahan semula jadi.

“Saya lihat rambut kita seperti tumbuhan. Sebahagian besar tumbuhan memerlukan bahan semula jadi untuk tumbuh dan terus hidup, dan sejujurnya, jiwa dan tubuh kita memerlukan perkara sama.

“Keluarga saya buat syampu sama seperti kami luangkan masa membuat makanan. Itu dinamakan disiplin,” katanya.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

714