Playboy ‘Ariel Kediri’

Ariel Kediri didakwa memperdayakan gadis untuk melakukan hubungan seks hingga ada yang mengandung. – Foto Tribunenews.com

JAKARTA: Hanya bermodalkan ‘jalan-jalan cari makan’, kata-kata puitis dan motosikal skuter, seorang pemuda berusia 19 tahun dari Kediri ditahan polis selepas memikat dan bersetubuh dengan 10 gadis bawah umur.

Portal Tribunenews.com melaporkan dia dikenali sebagai Ariel Kediri memperdayakan gadis untuk melakukan hubungan seks hingga ada yang mengandung dan menggugurkan kandungan mereka.

Ketua Polis Kediri, Miko Indrayana berkata, semua gadis yang menjadi mangsa lelaki itu berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Katanya, lelaki itu dipercayai aktif sejak 2019 dengan memikat gadis bawah umur yang masih bersekolah di bandar Kediri.

“Dengan menggunakan kata-kata puitis, suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar dengan menaiki skuter dengan alasan mencari makan.

“Selepas itu, suspek akan merayu dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks.

“Malah, kejadian berlaku beberapa kali hingga ada mangsa hamil,” katanya.

Miko berkata, suspek dipercayai melakukan hubungan seks dengan mangsa di beberapa lokasi termasuk di rumahnya, kediaman mangsa, rumah kosong, tempat kerja suspek dan dalam kebun.

“Perbuatan suspek terbongkar selepas seorang gadis berusia 16 tahun hamil dan menggugurkan kandungan.

“Suspek dipercayai membeli ubat untuk menggugurkan kandungan itu di Internet sebelum membuang janin berkenaan,” katanya.

Menurutnya, suspek sempat melarikan diri beberapa minggu tetapi akhirnya ditangkap pada 4 Jun lalu ketika pulang ke rumahnya.

Polis percaya, lelaki itu memperdayakan ramai gadis dan meminta beberapa mangsa tampil membuat laporan.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

619