SPRM Minta Orang Ramai Bantu Kesan Bekas Pegawai Kanan Menteri Dari Sabah

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan ia kini sedang mengesan bekas pegawai kanan kepada bekas seorang menteri bagi membantu siasatan kes mebabitkan agensi berkenaan.

SPRM dalam kenyataan berkata, lelaki berkenaan, Mohd Saifullah Mohd [email protected] Hisham, 29 mempunyai alamat terakhir di KM 2, Jalan Bubul, Peti Surat 351, 91308, Semporna, Sabah.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Saifullah diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau emel ke alamat [email protected],” katanya.

SPRM bagaimanapun tidak memaklumkan kes yang disiasat.

Mohd Saifullah dilaporkan sebelum ini merupakan pegawai khas bekas menteri pelancongan Mohammadin Ketapi.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

6873