TERKINI: Harga Runcit RON95 & RON97 Naik 8 Sen, Diesel Naik 10 Sen

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dilaporkan naik sebanyak lapan (8) sen selitar, bersamaan daripada RM1.48 seliter ke RM kepada RM1.56 seliter.

Manakala bagi harga runcit petrol RON97 pula turut naik sebanyak lapan (8) sen, iaitu daripada RM1.78 seliter kepada RM1.86 seliter.

Dalam pada itu, harga runcit bagi diesel juga dinaikkan sebanyak 10 sen seliter, iaitu daripada RM1.63 seliter kepada RM1.73 seliter.

Kenaikan terkini harga runcit produk petrolem bagi tempoh 13 hingga 19 Jun yang ditetapkan secara mingguan itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

“Kenaikan ini adalah dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses (refined product) yang semakin meningkat, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelas kenyataan tersebut.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *