105 Kes Positif Baharu Termasuk 94 Kes Tempatan, Tiada Kematian Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya.

PUTRAJAYA: Sehingga 2 Mei 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 105 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,747 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada jumlah 105 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 11 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 94 kes.

Sehingga kini, seramai 31 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).Daripada jumlah tersebut, 12 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini dan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 103 kes (1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

SumbeR: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *