Suami Maut Selepas Bunuh Isteri

Polis membawa keluar mayat suami isteri untuk dihantar ke hospital.- Foto Agensi

Seorang lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung selepas membunuh isterinya di Jatiasih, Bekasi, dekat sini, Selasa lalu.

Polis menemui mayat Karyadi, 55, di dapur manakala mayat isterinya, Cristy Handayani, 43, di ruang tamu.

Kompas.com melaporkan, siasatan pihak berkuasa mendapati lelaki terbabit membunuh isterinya dengan menekup muka wanita itu dengan bantal.

Ketua Polis Kota Bekasi, Komisioner Polis Wijonarko berkata, polis menemui bantal yang mempunyai kesan darah tidak jauh dari mayat Cristy.

“Siasatan di lokasi kejadian menemui bantal dengan kesan darah yang digunakan suspek untuk menekup muka isterinya sehingga mati,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, suspek kemudian dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung kerana keletihan.

Katanya, suspek yang mempunyai sejarah penyakit jantung ditemui tiga meter dari mayat isterinya.

Wijonarko berkata, berdasarkan keterangan jiran, pasangan itu sering bergaduh.

“Sebelum mereka ditemui mati, jiran mendengar pasangan itu bertengkar,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *