Covid-19: Daerah Beluran Catat Kes Pertama

KOTA KINABALU: Daerah Beluran yang sebelum ini dikategorikan sebagai zon hijau buat pertama kalimya merekodkan satu kes positif Covid-19.

Kes tersebut merupakan dua jangkitan baharu yang dicatatkan hari ini termasuk satu di Kota Kinabalu.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon dalam status Facebooknya memaklumkan, dengan pertambahan dua kes baharu itu keseluruhan kes di Sabah kini adalah sebanyak 315 kes.

Menurut statistik itu, daripada jumlah keseluruhan positif Covid-19 di Sabah, sebanyak 228 kes telah dilaporkan pulih termasuk 11 kes hari ini.

Daripada sudut positif, Sabah kekal merekodkan empat kes kematian apabila tiada kes kematian dilaporkan sejak 13 April lalu.

Sementara itu, daerah Tawau kekal merekodkan kes positif tertinggi bagi Covid-19 iaitu 81 kes, diikuti Kota Kinabalu sebanyak 49 kes dan Lahad Datu 43 kes.

Setakat ini, sebanyak 76 kes masih dirawat di hospital pakar, tujuh kes melibatkan pesakit dirawat semula termasuk  83 kes yang masih dalam wad.

Secara keseluruhannya,  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kematian dilaporkan di Malaysia hari ini.

Setakat hari ini, KKM melaporkan 94 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 5,945 kes termasuk 4,087 kes yang telah pulih sepenuhnya.

Sebanyak 40 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 18 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – BorneoToday

2562