(VIDEO) Tahan Penyamun Pakai Tudung, Baju Wanita

Suspek yang ditahan polis. – Foto Agensi

Seorang lelaki sempat memakai tudung dan pakaian wanita bagi mengelak daripada ditahan orang ramai kerana mencuri, pada Selasa.

Kejadian di Jalan DT Setua Maharaja di Kota Pekanbaru itu tular di media sosial selepas lelaki itu ditahan.

Menerusi laporan Kompas.com, lelaki berusia 40 tahun itu dikatakan masuk ke sebuah gudang dan melarikan dua kipas angin dan pencuci pinggan aluminium.

Tindakannya itu disedari pemilik gudang berkenaan sebelum mengejarnya.

Suspek yang terkejut dengan kejadian itu segera meloloskan diri dari gudang berkenaan.

Ketika melarikan diri di laluan utama, suspek sempat mencapai pakaian wanita bersama tudung sebelum memakainya.

Tindakan itu dibuat kerana terdesak supaya tidak disedari pemilik gudang dan orang ramai yang mengejarnya.

Namun, tindakan itu ternyata sia-sia apabila dia akhirnya ditahan dan dipukul beramai-ramai oleh orang awam.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Pekanbaru, Budhia ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

“Suspek kini ditahan namun mangsa belum membuat laporan polis,” katanya.- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *