Penjualan E-Iftar, E-Bazar, Pandu Lalu Atau Tempah & Ambil Tidak Dibenarkan Ketika Bulan Ramadan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Menerusi sidang media Perkembangan PKP yang dilaporkan pada hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa sebarang penjualan seperti E-Iftar, E-Bazaar, Penjualan pada bulan Ramadan tidak dibenarkan.

Tambahnya lagi, walaupun penjualan seperti pandu lalu, tempah dan ambil juga tidak dibenarkan. (Rujuk video minit ke 11:50)

Sebarang bentuk perniagaan yang berkaitan dengan bazar dan gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu (drive thru), tempah dan ambil adalah tidak dibenarkan. Jadi tidak ada isu lagi  berkaitan bazar Ramadan walaupun e-iftar ataupun ‘E’ sekalipun tidak dibenarkan.

Anda juga boleh rujuk video ini  pada minit ke 15:55, beliau ada menyentuh berkaitan dengan e-hailing biasa dan e-hailing untuk bazar ramadan.

Apa saja yang berbentuk bazar walaupun ada e-hailing tetap tidak dibenarkan. Tetapi perniagaan e-hailing biasa, perkara itu diteruskan seperti biasa. 

SumbeR: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *