Bawa Dadah Ke Balai Polis Merayu Supaya Ditahan Kerana Kelaparan

BANGKOK: Seorang lelaki bertindak nekad masuk ke dalam balai polis di Phuket pada Sabtu sambil membawa sebiji pil methamphetamine, merayu supaya ditahan kerana kelaparan.

Timbalan Ketua Balai Polis Wichit, Lt Kol Thammasant Boonsong, berkata bahawa beliau dan anggota polis yang lain terkejut apabila lelaki tersebut memasuki balai polis berkenaan sambil menunjukkan pil itu dan merayu supaya mereka menahannya.

Lelaki tersebut memberitahu bahawa dia telah kehilangan pekerjaannya sebagai juruelektrik serta tidak dapat meninggalkan pulau itu untuk tinggal bersama ibunya susulan daripada perintah sekatan pergerakan yang dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19, kata Thammasant.

Lelaki itu juga turut menyatakan bahawa sekiranya dia dipenjarakan, sekurang-kurangnya dia diberi makanan secara tetap, tambah Thammasant.

Pihak polis kini telah dilaporkan menahannya atas dakwaan memiliki dadah dan sedang membuat pemantauan secara rapi kerana gusar bahawa dia mungkin mengalami masalah mental serta bertindak mencederakan dirinya sendiri.

SumbeR: Bangkok Post / SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *