TERKINI: Dua Lagi Kematian Dicatatkan, Jumlah Keseluruhan 45

KUALA LUMPUR: Dua lagi kematian dilaporkan akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 45 kematian di negara ini setakat jam 12 tenghari tadi, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi sidang media KKM, kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-115). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 4.30 pagi.

Kes kematian ke-45 (kes ke-1053) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486).

Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 10.46 malam.

Sumber: Sidang Media KKM, KKM Putrajaya

949