Dakwaan Kes Samun Di Putatan Palsu

Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim

PENAMPANG: Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Putatan, yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim berkata, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah kedai serbaneka 999 Speedmart Putatan sebaliknya ia video lama yang dikitar semula oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Video lama itu bukan berlaku di Putatan seperti apa yang didakwa.

“Kejadian samun itu berlaku di di sebuah kedai serbaneka 999 Speedmart Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada 9 Mac lalu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mohd Haris berkata, pihaknya memberi amaran keras supaya berhenti menularkan maklumat palsu menerusi SMS dan media sosial kerana boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

“Polis sentiasa memantau dari semasa ke semasa mengenai berita-berita palsu yang tular di media sosial.

“Individu yang ingkar boleh didakwa mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Berita Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *