3 Positif COVID-19 Di Sarawak

KUCHING: Sarawak merekodkan kes COVID-19 pertama dengan tiga orang diuji positif, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah, berkata dua daripada kes itu membabitkan mereka yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling di Selangor pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Sementara satu kes lagi membabitkan ahli keluarga mereka.

“Justeru, kami merayu kepada mereka yang menghadiri perhimpunan itu untuk segera menghubungi hospital terdekat bagi membolehkan siasatan dan pemeriksaan dijalankan.

“Setakat ini, Jabatan Kesihatan Sarawak sudah mengesan 236 peserta perhimpunan itu dan akan terus mengesan bakinya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Uggah berkata, JPBN Sarawak memberi jaminan Jabatan Kesihatan Sarawak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul akibat COVID-19 di hospital-hospital yang ditetapkan iaitu Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Bintulu dan Hospital Miri.

SumbeR: Berita Harian