6 Kakitangan UMS Sertai Himpunan Tabligh Dikuarantin Di Rumah

KOTA KINABAU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengesahkan enam kakitangan yang menyertai Perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 1 Mac tidak menunjukkan sebarang gejala berkaitan Covid-19.

Pengesahan itu dikeluarkan setelah kesemua enam kakitangan berkenaan menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Rawatan Warga (PRW) UMS dan klinik/hospital kerajaan.

Bagaimanapu, buat masa ini, semua mereka sedang menjalani kuarantin atau pemantauan di rumah bagi tempoh 14 hari.

Ini bagi memastikan tahap kesihatan mereka adalah baik sebelum dibenarkan untuk kembali bertugas.

Pengurusan UMS menerusi satu kenyataan di sini hari ini, menggesa agar semua warga UMS menjaga kesihatan dan kebersihan diri sepanjang masa dan menambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terdedah dengan risiko penyakit terutama Covid-19.

Pengurusan UMS turu menyarankan mana-mana kakitangan mahupun pelajar UMS yang mempunyai sebarang gejala berkaitan Covid-19 terutama mereka yang baru kembali daripada perjalanan di luar Sabah atau mengunjungi lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko Covid-19 supaya melaporkan diri di PRW UMS untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dengan segera.

Sumber: BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *