Sabah Rekod Kes Ke-2 Positif Covid-19

PAPAR: Lelaki berusia 42 tahun  dari Kampung Benoni, Papar difahamkan sebagai kes kedua positif Covid-19 di Sabah.

Lelaki berkenaan dipercayai antara jemaah yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Difahamkan lelaki tersebut sudah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Usaha pencegahan di rumah pesakit berkenaan dan kawasan sekitarnya telah dijalankan oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – BorneoToday

28859