TERKINI: Lagi 20 Kes Terbaru Covid-19, Jumlah Keseluruhan 149 Kes Di Malaysia

Putrajaya, 11 Mac- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 20 kes terbaru COVID-19 hari ini di Malaysia, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 149 kes.

Menurut kenyataan media KKM, kontak rapat bagi kesemua 20 pesakit sedang dikesan bagi mengenalpasti punca dan lokasi jangkitan bermula.

“Dengan pertambahan 20 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 149 kes,” tulis KKM.

Dari jumlah berkenaan, sebanyak 22 kes adalah dari kalangan pesakit di bawah pemeriksaan (PUI), 124 kes dari kontak rapat, satu kes dalam kalangan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan dua lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan.

Dalam perkembangan lain, pesakit kes ke-78 positif COVID-19 sebelum ini telah pulih dan dibenarkan pulang.

“Ini menjadikan 26 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad,” lapor KKM.

Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *