PH Pula Dakwa Miliki 114 Ahli Parlimen

Baru Bian menandatangani SD menyokong Dr Mahathir.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Selangau Baru Bian pula menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia didedahkan menerusi siaran langsung melalui akaun Facebook Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang memaklumkan Baru Bian adalah individu ke-114 menandatangani SD berkenaan.

Untuk rekod, Baru adalah Ahli Parlimen PKR yang dikaitkan dengan kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meninggalkan parti berkenaan.

Difahamkan proses menandatangani SD masih berjalan di Yayasan Al-Bukhary, di Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Terdahulu, bekas Menteri Kerja Raya itu dilihat memasuki perkarangan yayasan, menaiki kenderaan jenis Mercedez berwarna hitam, pada 8.35 malam tadi.

Beliau dilihat keluar meninggalkan bangunan terbabit 10 minit kemudian tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Beberapa minit kemudian, kenderaan model Lexis dipercayai dinaiki Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Yayasan Al-Bukhary, 8.50 malam tadi.

Difahamkan satu siaran media akan dikeluarkan jam 9 malam ini.

https://www.facebook.com/aziz.harun.35/videos/2824611130953702/

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *