KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub memohon maaf kepada petani, penternak dan nelayan sekiranya beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Beliau berkata telah mencuba yang terbaik selama satu tahun lapan bulan untuk memperjuangkan nasib mereka.
“Setakat ini sahaja hayat saya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan saya mendoakan semoga nasib anda semua akan terus berubah di bawah kepimpinan MOA yang baharu nanti.
“Saya telah menghabiskan sepanjang hayat saya di MOA untuk memperjuangkan nasib petani, penternak dan nelayan. Sekiranya saya masih gagal, saya sekali lagi memohon sepenuhnya kemaafan anda semua,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.Mengulas lanjut, beliau turut mendoakan masa depan yang lebih baik untuk kesemua petani, penternak dan nelayan serta akan terus memperjuangkan nasib mereka walaupun tidak lagi bersama kerajaan.
Sumber: Awani