AMANAH Terus Sokong Tun M Sebagai Perdana Menteri

Mohamad Sabu 

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) menegaskan terus memberi sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan memimpin Pakatan Harapan.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, semoga Allah memberi kekuatan kepada Dr Mahathir untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini.

“Kami teguh berdiri bersama Pakatan Harapan dan Dr Mahathir untuk Malaysia yang lebih baik.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengah hari tadi.

Dr Mahathir dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang ini.

Berita lanjut menyusul

997