Lim Guan Eng Jumpa Tun M

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, tiba di Pejabat Perdana Menteri pada 9.36 pagi tadi.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba secara berasingan pada jam 9.26 pagi dan 8.50 pagi tadi.

Difahamkan, kesemua pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai bagi membincangkan mengenai perkembangan politik semasa yang berlaku sejak semalam.

Sumber: Berita Harian

2221