Anwar Ke PMO, Tapi Gagal Jumpa Dr M

Kenderaan dipercayai membawa Anwar Ibrahim dan isteri tiba di PMO pagi tadi.

PUTRAJAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini muncul di Pejabat Perdana Menteri, tetapi gagal menemui Dr Mahathir Mohamad.

Anwar bersama isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di PMO pada 9.36 pagi tadi.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Presiden Amanah merangkap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, mereka berempat dilihat meninggalkan PMO pada 10.26 pagi, manakala Menteri Belia dan Sukan yang juga ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keluar pada 10.21 pagi.

Perdana menteri dijadualkan mempengerusikan mesyuarat pembangunan negara pada 11 pagi ini.

Sumber: FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *