Tun M Lepaskan Jawatan Pengerusi BERSATU

Tun Mahathir, Prime Minster of Malaysia leaving at Bersatu HQ after meeting around 3pm

KUALA LUMPUR: Selain meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan Pejabat Pengerusi Bersatu sebentar tadi susulan terdahulu peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri ke-7.

Peletakan jawatan beliau dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Difahamkan, Dr Mahathir berbuat demikian berikutan negarawan berkenaan tidak bersetuju gerakan ‘pintu belakang’ untuk menguasai pentadbiran negara dilakukan semalam oleh beberapa parti politik.

Menurut sumber, sebab itu semalam beliau tidak bersama-sama dengan pemimpin parti.

1552